:: NICE Network ::

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

:: WELCOME BACK TO ALL FORUMMERS ::


+3
Nur
leesly
amany
7 posters

    ..no title..

    Aya
    Aya


    Number of posts : 2214
    Age : 31
    Location : rumahku terletak di bumi..malaysia..negeri sembilan..seremban..senawang.. taman sri kasih...hehehe..
    Registration date : 2008-10-30

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  Aya Mon Feb 09, 2009 6:08 pm

    hehe...
    ok what karya kak many...
    I dah bace... lol!
    bila cte dia nk bersambung...
    chayok3 kak many... lol! lol! lol!
    amany
    amany


    Number of posts : 2453
    Age : 32
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  amany Tue Feb 10, 2009 9:55 am

    Aya wrote:hehe...
    ok what karya kak many...
    I dah bace... lol!
    bila cte dia nk bersambung...
    chayok3 kak many... lol! lol! lol!


    haha..
    ble ada mse, akk sambung kay..
    kne curi2 mse..
    lg2 skg ni pale da tingtong, jln pn da senget..
    seb bek de yg steer..
    alhamdulillah..
    I love you I love you
    amany
    amany


    Number of posts : 2453
    Age : 32
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  amany Tue Feb 10, 2009 9:59 am

    5



    “Library, Saturday, at 10 a.m.”

    Yang buat dia rasa nak keluar aura bunuh.

    “Add Maths marathon.”

    Yang buat dia hangin di petala kelapan.

    “So, be there.”

    Dan kerana itulah, dia dah tercongok kat luar library ni macam orang bodo. Janji pukul 10, ni dah 10.10, aku balik kang. Kalau aku lambat, start la nak tazkirah, bla..bla..bla.. Macam time Detention Class tu. Aku lambat 5 minit je, tazkirah dia dekat sejam. Maunya aku tak tertidur. Dah cukup sejam, boleh pulak dia sambung tazkirah tu. Denda sebab aku tertidur.

    “Sori, I’m late.” Addie dah berpaling ke belakang.

    “Dah lama tunggu?”

    “Sejak zaman Jepun.” Gumam Addie perlahan. Haimi cuma tersenyum. Dia memang sengaja datang lambat. Saje nak uji kesabaran gadis di hadapannya.

    “Jom masuk.” Dan Addie hanya mengikut langkah Haimi menuju ke ruang yang agak ke hujung. Ni apsal ni?!

    “Tak boleh duduk kat depan ke?”

    “Kat belakang boleh buat bising.” Haimi tau, Addie mesti nak start ceramah ‘Tak boleh lambat even 10 minit’. Sebab tu dia pilih meja yang agak ke hujung. Kalau pilih yang depan, awal-awal lagi dah kena halau keluar library.

    “You’re late.” Addie bersuara setelah duduk. “Kena demerit jugak. Tak kira.” Haimi tenang mendengar.

    “I’m sori, Dania.”

    “Addie.”

    “Dania, I like that name.”

    “Wutever.” Addie menjulingkan matanya ke atas. Malas nak bertekak.

    “So, ada bawak paper Add Maths tak?”

    “You’re late. You owe me 10 minutes.”

    “Okay.”

    “Switch with demerit 20.” Dah agak.

    “Kalau saya cakap tak boleh?”

    “I’m off.”

    “Dania, mana ada rules cakap kena macam tu.”

    “My rules and you’ve to play it too.”

    “School rules and you’ve to play it too, regarding AMPP, demerit 10” Addie dah jatuh rahang.

    “What?!”

    “Manners, another 10.”

    Demerit points down 20 in one go? Dah la demerit points aku dah memang underground, ala-ala keretapi bawah tanah. “Eh brother, over la ni. Salah guna kuasa namanya ni.” Addie dah buat gaya kaki pukul. “Libas sekali kang.”

    “Threatening AMPP.” Buku Topikal Add Maths dibuka. “Kes ugut.” Wajah Addie tak dipandangnya. “Detention.”

    “What?!” Warggghh! Rasa nak humban je mamat ni! “You’re impossible!”

    “Grow up, Dania.” Tone suara Haimi tak berubah. “Start.”

    “Inhumane.” Addie menggumam marah.

    “Language.” Pen mula berlari di atas A4 kosong. “5.”

    Ngee!! Mamat ni betul salah guna kuasa. Diktatorunimbus.


    Haimi memandang gadis di hadapannya yang sedang asyik menyiapkan latihan Add Maths. Memang tak boleh dibuat main. Salah sikit nak libas, nak backhand, nak pancung. Danny, betulla adik kau ni suka buat haru. Teringat perbualannya dengan Danny tentang Addie kena bungkus masuk bilik HEM.

    “Adik kau tu....” Haimi menggeleng kepala sambil membawa mug berisi nescafe ke bibir.

    “Remaja suka buat haru.” Tanpa berfikir Danny terus menyambung. Dia memandang Haimi sekilas sebelum senyum tiga saat. Biskut Hup Seng dipatah dua. “Bala apa pulak yang dia bawak hari ni?” Biskut di tangan dibenam ke dalam nescafe sebelum dibawa ke mulut.

    Haimi senyum segaris. “Bawak Walkman dalam kelas. Demerit 20 and Detention Class for this weekend.” Dahinya sedikit berkerut. “Kau cakap kau dah warning dia supaya tak bawak benda-benda tu keluar dari aspuri?”

    “Memang pun. But knowing her, I know she won’t. Aku pun tak taula, warning anak orang lain punyalah senang, dengar cakap pulak tu. Ni nak warning adik sendiri aku rasa macam ketuk besi sejuk. Mulalah aku rasa nak letak jawatan Head Boy ni.” Roommatenya itu dipandang sekilas. Dia mengeluh perlahan.

    “Kau jangan nak start. Kau bagilah nasihat kat dia sikit. Jangan kerja nak ikut kepala dia je.” Datar Haimi bersuara.

    Danny hanya diam. Biskut Hup Seng dipatah lagi. To bend a Addie bukan macam nak patahkan biskut Hup Seng.

    “No offense meant.”

    Danny menghela nafas panjang. “Aku cuba apa yang aku mampu je. Dia tu tak makan saman. Kepala Diamond, kepala Ferum.” Haimi dipandang sekilas.

    Haimi hanya menggeleng. “Kau buat gaya macam dia keras kepala sangat.”

    “Tapi rasanya apa yang kau tazkirah dia tu at least masuk jugak dalam kepala dia. Aku tang menggula dia je yang lut.” Danny ketawa. “Memang aku tak boleh lupa la berkajang dia sumpah kolej ni first time weekend balik rumah dulu. Tapi kira length kajang tu sama length la dengan dia sumpah kau sekali.”


    Haimi hanya senyum segaris. Memang bukan budak perempuan biasa. Haimi memandang lagi wajah Addie yang khusyuk menyiapkan latihan Add Maths di hadapannya. Tengku Nur Dania Adila. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania apatah lagi Adila. Tapi nick Addie yang jadi pilihan. Dia menggeleng lagi. A girl with little words but unfiltered bahasa. Dia sendiri pun hairan macam mana Danny boleh tahan dengan Dania ni.
    leesly
    leesly


    Number of posts : 717
    Age : 70
    Location : [muar<SKUDAI>p.chepa]
    Registration date : 2008-11-06

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  leesly Tue Feb 10, 2009 5:37 pm

    amany wrote:
    leesly wrote:hehehe...
    xmintak balasan pon..uhuks..
    menghilangkan kebosanan..suka gaks baca cte2 ringkass...
    kalo awk buat fan fiction lagi bez kot..huhu Wink


    ehe taper2..
    sje je nk bg..
    ^^,
    fan fiction?
    cthnya?
    scratch scratch

    fan fic ne crite short stories..tapi watak2 guna nama artis conth cam gune name NICE ke...mcm 2 la.. Wink
    tapi bukan perangai sbnr...cuma gune nama je..huhuh
    lagi menarik actually coz ble baca kte dpt gambarkan orgnya..haha..selalunya lawak jadinye Razz
    amany
    amany


    Number of posts : 2453
    Age : 32
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  amany Tue Feb 10, 2009 10:56 pm

    leesly wrote:
    amany wrote:
    leesly wrote:hehehe...
    xmintak balasan pon..uhuks..
    menghilangkan kebosanan..suka gaks baca cte2 ringkass...
    kalo awk buat fan fiction lagi bez kot..huhu Wink


    ehe taper2..
    sje je nk bg..
    ^^,
    fan fiction?
    cthnya?
    scratch scratch

    fan fic ne crite short stories..tapi watak2 guna nama artis conth cam gune name NICE ke...mcm 2 la.. Wink
    tapi bukan perangai sbnr...cuma gune nama je..huhuh
    lagi menarik actually coz ble baca kte dpt gambarkan orgnya..haha..selalunya lawak jadinye Razz


    yeke?
    blh gk..
    t nk try..
    haha blh2..
    gne nme ahli NICE shuld b ok..
    ^^,
    leesly
    leesly


    Number of posts : 717
    Age : 70
    Location : [muar<SKUDAI>p.chepa]
    Registration date : 2008-11-06

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  leesly Tue Feb 10, 2009 11:19 pm

    hrm yea.
    ka kerabat devotees ade satu forummer name ezmie pnah buat n menarik sgt..kte siap print n compilekan jd cam satu buku..boring2 baca n gelak sorg2 Laughing
    amany
    amany


    Number of posts : 2453
    Age : 32
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  amany Tue Feb 10, 2009 11:21 pm

    leesly wrote:hrm yea.
    ka kerabat devotees ade satu forummer name ezmie pnah buat n menarik sgt..kte siap print n compilekan jd cam satu buku..boring2 baca n gelak sorg2 Laughing


    yeke?
    waa msti bes..
    t nk bce la..
    tjok dy pe?
    ^^,
    leesly
    leesly


    Number of posts : 717
    Age : 70
    Location : [muar<SKUDAI>p.chepa]
    Registration date : 2008-11-06

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  leesly Tue Feb 10, 2009 11:26 pm

    title dia derita cinta..try tgk kat forum kd..
    maybe ade lg.. Smile
    amany
    amany


    Number of posts : 2453
    Age : 32
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  amany Tue Feb 10, 2009 11:27 pm

    leesly wrote:title dia derita cinta..try tgk kat forum kd..
    maybe ade lg.. Smile

    ok..
    tQ sbb btau..
    ^^,
    amany
    amany


    Number of posts : 2453
    Age : 32
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  amany Mon Feb 16, 2009 10:37 am

    6



    Addie menengadah siling. Hari ni dah masuk minggu kelapan dia bermentorkan Haimi sejak program mentor mentee dilaksanakan pada bulan Mac. Tapi apa yang dia perasan, mereka tak pernah ngam. Ada je yang tak kena. Dalam diam, Addie tetap tabik spring toink toink pada mentornya tu. Mana taknya, Tuan Haji Hitler si AMPP aliran sains agama tu ajar dia Ekonomi Asas! Haha.

    “Hari ni eco.” Mata Addie dah terbeliak.

    “Where’s the fire?”

    “Kenapa pulak?” Haimi mengerutkan dahi.

    “Buat lawak la tu.” Haha. Addie dah ketawa. Haimi menggeleng. Tau pun nak ketawa. Aku ingatkan serius 24jam/7hari.

    “Don’t judge a book by its cover la, cik adik.”

    “I don’t.”

    “My parents are economists.”

    “O....key.” Lambat-lambat Addie membalas. Terkedu sekejap. “Topik apa hari ni?”

    “Pendapatan Boleh Guna.” Erk? Addie telan liur.

    “KWSP, Zakat, Cukai Pendapatan Perseorangan, Pelepasan Cukai, Pendapatan Boleh Cukai, PERKESO, Pendapatan Boleh Guna.” Haimi menyambung senafas macam orang baca lafaz nikah je. Addie tenganga. Mangai! Betulla sekarang ni aku nak menyorok bawah tanah.

    “Dania?” Dan Addie hanya menggeleng. Waa! Aku tak nak!

    “Swap?” Bolehla, bolehla Hitler. Saya dah separuh nafas ni.

    “Kenapa?” Addie mengetap bibir. “Alergi.” Haimi ketawa. “Yang ambil aliran akaun tu kenapa? Bukan nombor ke tu?” Aku benam karang. Banyak tanya pulak. “At least tak perlu digest fizik, chem macam abang tu haa.” Tu dah banyak soalan tu, jawapannya tak bolehla tu. Heh, aku dah hafal skema jawapan Tuan Haji depan mata ni.

    “No, Dania. Nak tak nak kena jawab jugak.” Kan aku dah cakap. Tak boleh no way no way, kena yes way jugak!

    “Tapi dalam exam boleh pilih kan?” Addie dah bersila. Aku panas..aku panas..

    “Objektif mana boleh pilih.” Haila..haila.. Dia dah keluar aura diktatorunimbus dia. Betulla dia ni Hitler.

    “Chances untuk keluar tak besar.”

    “Kalau keluar jugak?” Ek ena, macam dia je penggubal soalan.

    “Tak boleh swap. Full stop.” Addie dah buat gaya kaki pukul. “Dania, tak nak Detention Class untuk this weekend kan?” Addie mencebik. “Behave yourself. Perempuan tak boleh ganas-ganas.” Ek eh, gaya macam dapat mandat jadi ayah aku je.

    Dan akhirnya Haimi si Hitler tu menang jugak. Bangga la tu sebab dah banyak kali menang debat Piala Diraja tu. Addie menjulingkan mata.
    Ada lori ada bas
    Satu hari nanti aku balas
    Mangkuk pecah, ayun pun pecah
    Lepas tu baru muka kau pucat tak berdarah.

    Addie sengih keji.


    “Dania?” Suara itu mengembalikannya ke alam nyata.

    “Mana tau zakat dipotong 2.5% daripada pendapatan seorang individu muslim?” Suara sarkastik tu dah keluar.

    “Baca kat signboard tepi jalan.”

    “Dania.” Dingin.

    “I hate numbers yet I memorize it.” Datar Addie menjawab. “Good, perkembangan yang baik.” Addie dah buat muka jeruk maman. Tu perli aku la tu!

    “Cuba selesaikan soalan pelepasan cukai ni pulak.” Soalan-soalan yang diunjurkan Haimi dibaca sepintas lalu. Soalan 2(a). Maksud pelepasan cukai.

    Pen di tangan mula berlari.

    Pelepasan cukai ialah sejumlah pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.

    Redah je la. Aku bukannya ingat sangat pun. Asal jawab dah la. Tak adanya si Hitler tu nak denda aku kalau salah. Hehe.

    Soalan 2(b). Encik Nazli mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Pendapatan tahunan Encik Nazli adalah RM30 000. Daripada jumlah pendapatan itu, 11% dicarumkan kepada KWSP dan RM1 400 untuk bayaran premium insurans nyawa. Encik Nazli juga membayar kos rawatan hospital ibunya sebanyak RM3 620. Hitungkan jumlah pelepasan cukai Encik Nazli.



    Butir-butir RM
    Diri 8 000
    Isteri 3 000
    Anak (3 x RM800) 2 400
    Perubatan ibu bapa 3 620
    Caruman KWSP dan premium
    insurans nyawa
    (RM3 300 + RM1 400) 4 700
    Jumlah pelepasan cukai 21 720


    Selesai mengira jumlah pelepasan cukai, Haimi menghulur beberapa soalan lain sebelum tayang sengih si musang guntang. Addie mengeluh.

    Soalan 3(a). Apakah maksud pendapatan boleh cukai?

    Bibir mengorak senyum. Kacang buncis bin kacang panjang.

    Pendapatan boleh cukai ialah jumlah pendapatan selepas ditolak jumlah pelepasan cukai.

    Soalan 3(b). Terangkan jenis-jenis caruman PERKESO.

    Aha ni yang aku keliru petala kelapan dengan KWSP ni. Boleh pulak dulu waktu Ujian III, aku tersalah jawab. Free-free je jawapan aku Cikgu Shima framekan, gantung kat depan kelas. Ngaa....

    Caruman kepada PERKESO adalah 1.75% daripada gaji pekerja, iaitu 1.25% disumbangkan oleh majikan dan 0.5% oleh pekerja.

    Soalan 4(a). Tuliskan rumus pengiraan pendapatan boleh guna.

    Heaven! Yang ni aku expert!

    Pendapatan boleh guna = Jumlah pendapatan individu –
    Caruman KWSP – Caruman PERKESO – Bayaran zakat – Cukai pendapatan perseorangan.



    “Done!” Wahaha, aku rasa nak menari ala-ala anak itik tok wi dah sekarang ni. Aku dah bebas! For a while, sambung hati Addie. Taperla, while pun while la. Asalkan aku tak payah nak ngadap muka Hitler ni sampailah Sabtu next week tunjukkan batang hidung.




    ***


    Bulan Mei dah menampakkan batang hidung. Maknanya, Mid Year Exam dah nak makin hampir! Muka dah kelat-kelat langsat. Langsat pun tak kelat macam tu. Heh memangla, biji langsat yang kelat. Kau ni betulla, Addie. Berjalan pun dah senget, macam tak cukup tanah je gayanya, laju semacam. Andai boleh terbang, dah lama aku terbang. I’m Flying Without Wings- Westlife mula meniti di bibir.

    Addie sibuk menekan kalkulator membuat latihan Add Maths. Tapi gaya menekan tu dah macam gaya John Ceyna hentak lawan tengah gelanggang wrestling je. C’mon, Addie! Tak boleh fail Add Maths! Kalau tak kau bakal dimasak kicap oleh Hitler tu. Aku tamau! Terbayang wajah Haimi dengan sengih si musang guntangnya. Dish! Dish! Kacau je! Addie is putus fius already. Haila..haila..
    leesly
    leesly


    Number of posts : 717
    Age : 70
    Location : [muar<SKUDAI>p.chepa]
    Registration date : 2008-11-06

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  leesly Tue Jun 09, 2009 11:59 pm

    wawa...impressive la amany the way u wrote da story..
    very universal yet detail...kagum ngan kamu=)
    sambung g k..it is entertaining to read ur story Very Happy
    keep up da good work!
    amany
    amany


    Number of posts : 2453
    Age : 32
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  amany Fri Jun 12, 2009 6:19 pm

    leesly wrote:wawa...impressive la amany the way u wrote da story..
    very universal yet detail...kagum ngan kamu=)
    sambung g k..it is entertaining to read ur story Very Happy
    keep up da good work!

    erk?
    hehe..
    insyaAllah, jika ada ruang + kesempatan, sy akn sambung lg ya..
    tQ..

    Sponsored content


    ..no title.. - Page 2 Empty Re: ..no title..

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 9:46 pm