:: WELCOME BACK TO ALL FORUMMERS ::


    Peraturan & Etika Forum

    Share
    avatar
    amany

    Number of posts : 2453
    Age : 27
    Location : Gombak, KL
    Registration date : 2008-06-25

    Peraturan & Etika Forum

    Post  amany on Tue Feb 03, 2009 9:18 am

    Assalamualaikum..
    Setelah diperkenan oleh incik admin izwan, akhirnya digubal kod etika untuk SEMUA ahli NICE Network..Objektif kod etika ini digubal adalah untuk menjaga kesejahteraan forum..Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku..Di harap SEMUA ahli NICE Network dapat membaca, memahami, menghormati dan mengamalkan etika yang baik..

    1. Anda dilarang:

    1.1. Membuka topik di kategori Peraturan & Etika.

    1.2. Meletakkan tajuk topik yang tidak sesuai.

    1.3. Keluar dari topik perbincangan.

    1.4. Meletakkan topik baru di kategori yang salah. Contohnya: Topik berkaitan taaruf tetapi diletak di dalam topik bisnes.

    1.5. Membuka topik yang boleh menyinggung sensiviti agama atau kaum lain, topik yang mengandungi bahan lucah, fowarded email.

    1.6. Membuka topik yang sudah dibuka oleh ahli sebelumnya. Sila buat sedikit rujukan atau carian di dalam diskusi NICE Network.

    1.7. Spamming (Dilarang post hanya sekadar smiley, atau ayat terlalu pendek seperti, ya, tidak, hmm, ntahle, betul3).

    1.8. Membuat double posting tanpa sebab yang munasabah.

    1.9. Menggunakan kata-kata kurang beradab atau kesat kepada ahli lain.

    1.10. Menimbulkan provokasi/spekulasi antara ahli.

    1.11. Memulakan thread gosip artis dan gosip-gosip lain.

    1.12. Meletakkan huruf besar bagi tajuk thread. Contohnya: JOM KONGSI LAMAN FRIENDSTER. Sila tulis seperti ini: Jom Kongsi Laman Friendster


    2. Sekiranya ahli forum tidak mengikut peraturan ini, Admin/Moderator berhak untuk:

    2.1. mengubah kiriman/topik anda (edit)

    2.2. membuang kiriman/topik anda (delete)

    2.3. menyenaraihitamkan anda (ban)


    Setiap ahli NICE Network adalah tertakluk kepada peraturan & etika ini. Amaran dan teguran Admin/Moderator mestilah dihormati.

    Akhir kalam, selamat berposting.
    May Allah bless.

    Regards,
    Barisan Admin NICE Network.
    ^^,


    _________________
    everybody has skeletons in their closet.
    oh, I am manykyu.

      Current date/time is Thu Dec 13, 2018 9:33 am