3
"Nama je perempuan, tapi ganas macam lelaki. Tak pernah aku jumpa perempuan sedahsyat tu. Harap dia yang pertama dan terakhir. Also her team. Buat rosak akhlak budak-budak kat sekolah ni je." Dan kata-kata sumbang itu kedengaran lagi. Addie menghempas buku ke mejanya. Mulut tu, takde insurans ke?! Kot iya pun nak naikkan darah aku, bukan mengutuk macam tu. Dan dia hanya membiarkan kata-kata yang seterusnya hilang dibawa angin lalu.
"Macam akhlak korang bagus sangat je." Gumam Addie rendah.
"Ni kenapa monyok dua macam ni?" Tanya Ally bila dilihat wajah Addie dah macam jeruk maman.
"Bloodyvich blondes." Datar je Addie menjawab.
"Dia cakap apa?"
"Aku ingat dia nak kena lagi dengan aku tu." Addie dah buat kening double-jerk.
"Kau nak buat apa?"
"Baik punya plan." Addie sengih si musang guntang.
***
"Addie!" Dan Addie cuma sengih kerang busuk bila mendengar jeritan itu. Heh jangan ingat diam tandanya setuju.
"Kau apsal haa?!" Erina yang di depannya dibuat tak layan.
"Addie! Aku cakap dengan kau ni!"
"Away." Ujarnya sepatah. Volume MP3 dinaikkan hingga full-blast. Dia mock salute sebelum berlalu. Serves you, Rain. Selalu sangat menangis, amik kau aku panggil Rain terus.
"I'm not finish yet, Addie!" Earphone Addie yang tersorok di balik tudung ditariknya.
"I did."
"Mana kau sorokkan stuff aku?" Erina dah bercekak pinggang.
Addie angkat bahu. "Your stuff, ask themselves."
"Never go away till you answer me."
"Oyeh?" Addie buat muka tak berdosa. Dia kembali meletakkan earphonenya di telinga. Famous Last Words- My Chemical Romance menggantikan So What- Pink.
Erina dah mengangkat tangan. Addie buat dono. Aku tau dia nak buat apa. Try if you dare. Dan bila tangan Erina semakin tinggi, satu suara menyapa sebelum jemari Erina melekap di pipi Addie.
"Dania, your class dah nak start." Addie mencebik. Apsal mamat ni ada kat sini time-time macam ni?
"Got to go. Tata Rain. Buhbye!"
"What did you called me?!" Muka Erina dah merah padam. Addie!!
"Rain." Jawab Addie sepatah sebelum berlalu. Dan mamat yang baru lepas kena lantik jadi angel tak berbayar Addie cuma tersenyum di dalam hati. Cheeky Dania, bisiknya.
***
"Dah sampai mana?" Addie tersedar bila bahunya dicuit Ally. Earphone dilurutkan.
"Germany." Addie tarik senyum tiga saat.
"Apsal kau monyok semacam? C'mon sis, have fun. Mr. John is not around." Mata Kett dah bersinar mengalahkan apa.
"Ke kau rindu kat Mr. John?"
"Blah! Tak hingin aku. Hantu kau, Han."
"Thats why people called me Han." Han sengih si musang guntang.
"Kau ok tak?" Moon angkat kening.
"Aku tarappapa. Ok je."
Earphone kembali disumbat ke telinga. Addie menyambung menung. Dia teringat masa mula-mula masuk kolej ni. Semua orang pandang dia entah macam apa. Dari first time jejak kaki ke kolej ni sampailah sekarang, semua nak pandang slek je. Apa aku ada buat dosa ke? Bertudung pun salah ke? Aku taulah kat kolej ni cuma aku dengan Moon je yang bertudung, dah tu layan lagu-lagu yang bagi diorang tak sesuai untuk orang bertudung. Kot iya pun janganlah pandang aku macam aku buat salah.Bertudung tak semestinya terikat. Dan memang ke mana-mana pun, mesti aku dengan Moon jadi perhatian. Tapi sekarang ni Ally dan DG pun dah bertudung. Alhamdulillah. Yang aku peliknya, Ally dengan DG orang pandang ok je. Tapi aku dengan Moon?
Tapi somehow things get mellower with time.Walau ada jugak orang yang still skeptic dengan gaya bertudung aku nie, at least orang yang aku boleh buat kawan kira okay la dengan aku.
Classmates merangkap roommates, Ally, Moon dan DG. Angkatan barisan sekelas, Han dan Kett. Itu je la pun manusia-manusia yang sanggup berkawan dengan aku. Yang lain, tau mengutuk mengumpat je.
Ally. Nur Hani Faizal. Nama langsung takde kaitan dengan nick. Semua panggil dia Ally except teachers. Taubat aku tak nak panggil dia Hani. Dasat seh gaya muka dia bila dengar aku panggil dia Hani. Dan lepas tu semput aku berlari macam tak cukup tanah bahana kena kejar dengan Ally. Sumpah aku tak panggil dia Hani dah. Dulu free-hair. Sebab tu dia tak suka dipanggil Hani. Too girlish. Haha. Kenapa nick Ally? Sebab dia minat tahap giga kat pengacara TV3, Ally Iskandar. Sabar je la. Even nampak kasar tapi baik hati. Kalau nak betulkan aku tengah time tingtong pun nie la dia orangnya. Dia jugak yang bagi aku cool kalau tengah hilang sabar.
Moon. Maisarah Sofea Hamdan. Kenapa Moon? Sebab dulu muka dia banyak bekas jerawat, berlopak-lopak macam bulan. Tapi sekarang dah tak. Dah licin dah muka tu. Bila aku tanya petua muka boleh licin gila macam tu, dia cuma jawab, botox. Huh putus fius. Lepas tu baru aku tau yang dia makan vitamin untuk muka. Inilah kawan yang selalu bagi aku free advice kalau aku dah start nak keluar bahasa-bahasa luar alam. Kadang-kadang aku panggil dia Miss Advicer. Tapi bila aku tengok aura bunuh dia dah sampai ke kepala bila setiap kali aku panggil dia Miss Advicer, memang aku taubat tak nak panggil dah. Dia jugak yang sound aku kalau aku dah start keluar plan yang giga punya.
DG. Norhafiza Abd. Hamid. Ni pengguna setia Digi dah mari. Sebab tu dipanggil DG. Sampai kadang-kadang aku nak ketawa guling-guling bila tengok DG promote syarikat Digi tu haa. Selalu jugak bertikam lidah dengan Kett, pengguna setia Maxis. Aku, Ally, Moon dengan Han jadi tukang gelak. DG sekepala dengan aku kalau berfikiran di luar alam. Nasib baik level and ways of thinking lebih kurang sama. Cakap je nak borak pasal apa, sume dia redah. Nak babble pasal fashion pun dia no hal. Salah sorang jugak yang steer aku kalau dah jalan senget. Dulu free-hair. Waktu memula datang kolej ni, aku tengok gaya dia mengalahkan apa. Tapi lepas tu memang jadi kawan.
Han. Syed Faizi Syed Amran. Muka bajet skema tapi padahal tak pun. Perangai pun ala-ala aku jugak. Selalu bikin saspen sampai asyik kena sumpah dengan panggilan hantu. Tapi pelik jugak, kenapa Han bukan Hantu? Pernah aku tanya, ada dia jawab, "Kau memangla, Addie. Apa punya soalan daa." Lepas tu dia jawab jugak, "Kau ingat sedap sangat ke nick Hantu tu? Aku yang dengar pun rasa dua macam. Lagi satu, kau ingat ada orang nak stand still dengan kau bila tiba-tiba kau terjumpa aku tepi jalan, kau jerit, "Hantu!". Aku rasa time tu free-free kau dapat cop mohor besar dengan title, 'GILA'." Aku memang dah hangin time tu bila tengok Han gelak macam nak terputus urat leher. Apa pun, dialah kawan bertegang urat aku dan nilah jugak kawan yang selalu ada kalau aku tengah down ala-ala nak underground.
Kett. Tengku Khairul Ezriq Tengku Tajuddin. Kett stand for
Khairul
Ezriq
Tengku
Tajuddin. Aku pun tatau mana dia dapat idea nak gabungkan huruf-huruf awal nama dia. Memula dulu aku panggil dia 'ketty'. Lepas tengok gaya macam nak kena baling dengan kapak ke kepala sumpah aku tak panggil dah. Muka innocent padahal cheeky mengalahkan apa. Sekaki seangkatan dengan Han. Sama je kepala kuat menggula orang sampai kadang-kadang kena ugut barulah dia stop. Kalau tak, dari pagi kat kelas sampai prep malam, tak habis-habis menggula aku. Of course dia stop bila aku ugut. Aku tau dia alergi dengan nick 'ketty'. Haha. Dialah yang selalu menyabarkan aku kalau aku tengah berasap tahap tak ingat dengan Erina dan Haimi.
Itulah lima manusia yang stand still dengan aku kat kolej ni no matter what. Yang sama-sama timbul, sama-sama tenggelam. Yang sama-sama kena bungkus masuk bilik HEM sebab backup aku yang terbawak barang haram dalam kelas. Tak pasal-pasal dapat tazkirah free daripada Moon sebab aku pecah masuk bilik HEM nak amik balik barang haram tu. Tapi lepas tu aku lepak riang ria bawak je barang haram tu masuk kelas. Ok je tapi jangan sampai kantoi. Heh kalau kantoi pastu kena bungkus pun, aku ada cara nak lepas. Haha.