Puisi Cinta Iman Dan Islam.
Filed under: Cerpen-Puisi, Qari Mesir Taranum Al Quran, Kritik
PUISI CINTA IMAN DAN ISLAM.
Dengar sini kawan-kawan
Aku kata lagi!
Mari kita sembah Tuhan!
Mari kita beramai-ramai menyembah Tuhan
Jangan sembah selain Tuhan!
Jangan sembah harta!
Jangan sembah daki dunia
Jangan sembah kekayaan
Jangan sembah kesenangan
Jangan sembah kemewahan
Jangan sembah kesombongan
Jangan sembah pangkat dan kedudukan
Jangan sembah pujian dan sanjungan
Bukan kerana itu kita dijadikan!
Aku kata lagi!
Mari kita hidup bersama-sama untuk menyembah Tuhan!
Kerana itu kita dijadikan!
Bukan hidup kerana mengejar harta!
Bukan hidup kerana mengejar nama
Bukan hidup kerana menjajah dunia!
Bukan hidup kerana berpoya-poya
Bukan hidup kerana mencari jawapan!
Bukan hidup kerana mencari kesenangan!
Bukan kerana itu kita dijadikan!
Aku kata lagi!
Jangan hidup menjadi hamba harta!
Jangan hidup menjadi hamba dunia!
Jangan hidup menjadi hamba kemewahan
Jangan hidup menjadi hamba pangkat dan pujian
Jangan hidup menjadi hamba ego dan kesombongan
Jangan hidup menjadi hamba ketawa dan bahagia
Jangan hidup menjadi hamba ketenangan dan ketenteraman
Tetapi….
Hiduplah sebagai hamba Tuhan
Hamba yang menyembah Tuhan!
Hamba yang hidup dan mati menyembah Tuhan!
Kerana itu kita dijadikan!
http://cerpenaku.blogsome.com/category/qari-mesir/
Filed under: Cerpen-Puisi, Qari Mesir Taranum Al Quran, Kritik
PUISI CINTA IMAN DAN ISLAM.
Dengar sini kawan-kawan
Aku kata lagi!
Mari kita sembah Tuhan!
Mari kita beramai-ramai menyembah Tuhan
Jangan sembah selain Tuhan!
Jangan sembah harta!
Jangan sembah daki dunia
Jangan sembah kekayaan
Jangan sembah kesenangan
Jangan sembah kemewahan
Jangan sembah kesombongan
Jangan sembah pangkat dan kedudukan
Jangan sembah pujian dan sanjungan
Bukan kerana itu kita dijadikan!
Aku kata lagi!
Mari kita hidup bersama-sama untuk menyembah Tuhan!
Kerana itu kita dijadikan!
Bukan hidup kerana mengejar harta!
Bukan hidup kerana mengejar nama
Bukan hidup kerana menjajah dunia!
Bukan hidup kerana berpoya-poya
Bukan hidup kerana mencari jawapan!
Bukan hidup kerana mencari kesenangan!
Bukan kerana itu kita dijadikan!
Aku kata lagi!
Jangan hidup menjadi hamba harta!
Jangan hidup menjadi hamba dunia!
Jangan hidup menjadi hamba kemewahan
Jangan hidup menjadi hamba pangkat dan pujian
Jangan hidup menjadi hamba ego dan kesombongan
Jangan hidup menjadi hamba ketawa dan bahagia
Jangan hidup menjadi hamba ketenangan dan ketenteraman
Tetapi….
Hiduplah sebagai hamba Tuhan
Hamba yang menyembah Tuhan!
Hamba yang hidup dan mati menyembah Tuhan!
Kerana itu kita dijadikan!
http://cerpenaku.blogsome.com/category/qari-mesir/