izwan^nice Tue Mar 24, 2009 5:42 pm
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai zikir qalbi
ada tertulis didalam karangan penulis didalam bukunye yg bertajuk
MEMBENTUK JIWA SUFIPenulis :
Dr. Hj. Jahid Hj. SidekTerbitan :
Al-FalahBil.Mukasurat :
452Cetakan Pertama :
2007Harga :
RM25 ( RM30 termasuk kos penghantaran )Sedikit biodata penulisTuan Guru Dr. Haji Jahid Bin elanjutkan pelajaran dalam bidang Usul Fiqh dan Ijazah Kedoktoran dalam pengajian Ilmu Tasawuf pd tahun 1992 di universiti yg sama. Dilantik sbg pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya pada tahun 1974 sehingga 1995.
Minat dan kesungguhannya dalam bidang tariqat telah mendorong beliau menyertai Tariqat Naqsyabandiah Ahmadiyah dan Qadriyah. Beliau pernah dijemput untuk menghadiri majlis perjumpaan tariqat sedunia di Tripoli, Libya. Beliau juga telah menulis beberapa buku antaranya, Berpawang dan Bersahabat dengan Jin Daripada perspektif Islam, Tokoh-Tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Sheikh Dalam Ilmu Tariqat, Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam. Beliau juga telah banyak membentang kertas kerja utk pelbagai seminar, baik peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Dengan kepakaran yg dimiliki dlm bidang tasawuf, maka pada tahun 2006 beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Sembilan sbg Ahli Majlis yg berperanan sebagai pemantau pergerakan tariqat-tariqat diseluruh negeri. Beliau adalah seorang Syeikh dalam Tariqat Naqsyabandiah Khalidiyah yg memimpin amalan suluk. Buku Membentuk Jiwa Sufi, Ajaran Tariqat Naqsyabandiah Syeikh Muhammad Amin Al Kurdi ini merupakan hasil terjemahan beliau yg boleh dijadikan panduan bagi yg ingin menjernihkan jiwa ke arah pendidikan sufi.