Nur Tue Nov 25, 2008 4:47 pm
jawapan al-johori @krew iluvislam
Ikan belacak juga dikenali dgn nama Ikan Tembakul ,
istilah Marine biology (biologi marin) ialah Periophthalmus spp atau Mudskipper (pelompat selut) kerana keunikan ikan ini yg berjengkit-jengkit dalam habitat selut di kawasan selut paya bakau.
Melalui kajian sains, memang terbukti haiwan ini adalah dua alam dan mengikut kaedah dalam madzhab Syafi'iy jika terbukti dua alam, maka haramlah di makan. Fatwa ini masyhur dlm kitab-kitab anNawawi (w. 676H) Raudhah; Imam Rafi'iy (w. 625H) dam alGhazali (alWajiz) .
Juga boleh didapati dalam kitab Fatawa alFataniyah oleh Syaikh Ahmad alFatani. Dalam naskhah fatawa alfatani tidak pula dibahaskan hukum ikan tembakul/belacak ini.
Oleh kerana maklumatnya terhad, maka saya berpendapat ia termasuk perkara yg didiamkan oleh syara' dan berupa kema'afan dan jika ada yg ingin memakannya dgn syarat tidak beracun dan mendatangkan mudharat serta tidak dipandang jijik oleh adat dan citarasa kebanyakan manusia, maka boleh di makan. Ini kaedah yg masyhur dalam madzhab Maliki.
Sesiapa yg ingin berpegang dgn kaedah Syafi'iyah, maka haramlah memakannya atas alasan dua alam
WaAllahualam..