smoga ia memberi kesedaran dan panduan buat kte bersama,insyaALLAH=)
CINTA MUDA MUDI (REMAJA) :PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN
Mengharungi pasca moden mencetus komunikasi berani antara manusia. Sopan susila, adat budaya, adab bangsa kian diketepikan. Susila barat, budaya hippies dan adat rimba dibangga-banggakan sebagai trend dunia kini.
Muda mudi adalah agen yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral. Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka.Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh akidah. Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan.
Cinta di kalangan muda-mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela. Seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji.
a)REALITI SEBUAH TRAGEDI
1.Main mata sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat.sekiranya ada respon, pasangan semakin berani bertindak.
2.Bersahut suara dan saling hubung menghubungi melalui surat,telefon dan sebagainya. Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua-dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera.
3.Merancang pertemuan (dating) di tempat-tempat umum untuk meluahkan perasaan masing-masing. Bungaan ayat dihamburkan demi memaut hati pasangan.
Contoh :
i lautan api sanggup kuharungi.
ii kalau tak percaya belahlah dada.
iii Berkorban apa saja,sanggup sehidup semati
4. Tatkala kemesraan kian bersemi pasangan bercinta teramat sukar untuk ‘tidak menyentuh’ antara satu sama lain.Tindikan minima, mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan.Tindakan mereka lebih berani apabila beraksi ditempat sunyi seperti kelab istirehat, di tepi pantai dan seumpamanya.
Agenda yang membantu:
- Menggunakan institusi orang tengah
- Menubuhkan unit Taqdim.
3. CINTA SELEPAS BERKAHWIN
Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari noda dan dosa akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasaan yang hakiki. Cinta sebelum perkahwinaan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura-pura dan keterlaluan. Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan sering dikuasai oleh helah syaitan. Sungguh pun batas syariat cuba dipelihara namun menjadi suatu hal yang dibimbangi apabila berlangsung hubungan antara dua pasangan yang bukan muhram.
Sikap merahsiakan perhubungan antara pasangan bukan muhram ini antara api syubhat yang bakal hangus benteng syariat antara mereka.
Cinta diperingkat ini juga memberi kesan negatif kepada psikologi individu yang terlibat lantaran angan-angan dan khayalan yang sering menghantuinya.
Perkahwinan sebagai satu penyelesaian kepada konflik ‘Cinta Lutong’ ini. Ianya akan mengajar erti realiti sebuah cinta. Cinta sejati adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai. Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok ke arah pencapaiannya.
Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing-masing (antara kedua-dua pasangan) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab.
4.TIPS CINTA UNTUK KEBAHAGIAAN BAIT MUSLIM
Pendakian puncak ustaziatul alam mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah.Bait muslim sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar di daki dengan penuh jaya dan gemilang.Ketabahan,kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.
Seringkali isu ‘Kegagalan Rumah Tangga’ diperkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Fenomena ini dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda-mudi bosan dengan perkahwianan lantas mengamalkan ‘free sex’.
TIPS CINTA UNTUK SUAMI
-Bersikap baik dan lembut dengan isteri.
-Menjaga kehormatan rumahtangga.
-Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik.
-Bersabar dengan karenah isteri.
-Mengandalikan nafkah dengan baik.
-Bergurau senda dengan isteri dan anak.
-Membantu tugas-tugas isteri dirumah.
TIPS CINTA UNTUK ISTERI
- Berterima kasih di atas pemberian suami.
- Segera memenuhi permintaan suami.
-Bertindak diatas keizinan suami–jangan sekali-kali mengangkat suara.
-Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri.
- Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi.
-Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir.
-Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu darinya.
-Membantu urusan perjuangannya.
-Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami.
-Berlembut apabila di marahi dan senyum apabila digembirakan.
TIPS CINTA UNTUK KEDUA SUAMI ISTERI
-Persefahaman.
-Ta’awun.
-Tasamuh
-Wujud suasana romantis.
-Atasi bebanan kerja
-Elakkan sikap mengkritik pasangan.
-Saling percaya mempercayai di antara satu sama lain.
syukran..
artikel penuh di:
http://www.geocities.com/maans81/kertas3.htm